top of page

Bebas


Iran, 2017

Kadang kita tersepit dalam keinginan sendiri

Separuh hati mahu

Separuh meraung tidak.

"Dimana mahu hatiku sebenarnya"

Kadang lihat yang lain bahagia

Impi kita yang sama.

Kadang lihat yang lain bebas

Impi kita juga yang sama.

Kadang manusia kelam lalu alpa

Terus kabur

Pilihan itu hanya satu

Bebas atau bahagia?

Kedua dua itu tidak bisa sama.

Kadang kita lupa yang bisa membawa kedua dua itu bersama adalah Dia.

Bebaslah kau merantau membawa hati mencari bahagia itu.

Dan inilah pilihan ku.

Kerna ku pasti akan terasa bahagia itu

Dalam dahaga perantauan kebebasan ini.


Featured Posts
Recent Posts
bottom of page