Sedarah


Biar aku seorang yang merasa

Biar aku yang membenci

Biar aku yang mencinta.

Siapa engkau untuk menghakim

Sedang aku yang menqenalinya

Sedari mataku celik

Sehingga menitis air mataku

Sedari segar mata itu

Sehingga kuyup kelabu

Dia yang aku lihat

Dia yang aku ada.

Ya, memang tidak adil

Apa yang dilakukan

Tapi siapa engkau untuk

Membenci.

Biar..

Biar aku yang merasa

Kerna benci kau padanya;

Benci aku kepadamu

Aku adalah dia

Dia adalah aku

Kita sedarah.


Featured Posts
Recent Posts