top of page

Angkuh


Hidup manusia seperti ombak Yang kadang aku diatas Yang kadang aku di bawah Yang kadang imanku mantap Yang kadang imanku rapuh Dan Yang ku mahu hanya satu Untuk sentiasa terus naik Ku faham rasanya Bila dibawah Mahu keatas Jalannya lurus keatas Tapi mengapa sukar Untukku keatas Apa kerna aku Tidak mahu menaiki kapal ulama' Tidak mahu terbang bersama sahabat penasihat Tidak mahu panjat menaiki tangga ketekalan Atau hanya kerna Aku angkuh?

Harus ku tahu

Aku manusia

Bukan malaikat

Terasa nadi ini mahu ku siat Tiada lagi yang kumiliki di dunia ini selain Keangkuhan


Featured Posts
Recent Posts
bottom of page