Hakikat


Hakikatnya kita memang berbeza

Engkau engkau

Dan

Aku aku

Kita berbeza

Latar kita berbeza

Kau seperti wap air

Masih dikongkongan awan

Namun aku adalah air

Yang sudah bebas

Dari kongkongan awan

Hanya mencari destinasi

Hatimu kencang mengetuk seronok

Menanti kebebasan

Mengorak dunia realiti

Melihat hakikat

Aku takut

Gusar

Setiap keputusan mengancam

Risiko menanti

Kau menanti kebebasan

Aku bergenang ketakutan

Kita berbeza

Dunia dimata kita berbeza.


Featured Posts
Recent Posts