perancangan

Lebih dari segalanya
yang ku mahu
sekarang hanyalah tidur
Tidurlah agar masa ini berlalu
kerna kata mereka
masa mengubat duka
Tidurlah agar masa ini berlalu
kerna sakit esok
tidak sehebat hari ini
Tidurlah agar masa berlalu
kerna ingatanmu akan semalam
tidak akan sekukuh hari ini
Tangisi hari ini
biar tidurmu lena
lali semua luka
Tidurlah.